Carian
OnePlus Akan Mula Menawarkan Kemas Kini Secara Bulanan Berbanding Setiap 3 Bulan
August 9, 2024 Fahim Zahar

Kebanyakan peranti mercu OnePlus menyokong kemas kini untuk 4 generasi Android dan tampalan sekuriti untuk 5 tahun. Setakat ini untuk tampalan sekuriti hanya Google Pixel sahaja yang diberikan secara bulanan di bawah Pixel Feature Drop. OnePlus hanya berikan kemas kini setiap 3 bulan, tetapi ini akan berubah kerana mereka ingin pengguna dapatkan penggunaan terbaik dalam OxygenOS.

Bermula bulan ini (Ogos), peranti OnePlus 8 dan ke atas termasuk OnePlus Pad, OnePlus 12 dan OnePlus Open akan mula menerima kemas kini bulanan. Ia masih akan diedarkan secara OTA cuma saiz muat turun dan pemasangan adalah lebih kecil. OnePlus akan memberikan tampalan pepijat yang kerap berlaku, berbanding tunggu dan kumpul dalam kemas kini setiap 3 bulan. OnePlus menjangkakan kemas kini U120P01 dan U120P02 akan diterima oleh semua pengguna termasuk OnePlus Nord menjelang 6 September nanti.

Strategi OnePlus sedikit berbeza dengan Pixel Feature Drop, kerana Google bukan sahaja menampal pepijat dan memberi tampalan sekuriti tetapi – tetapi turut memberikan ciri dan fungsi baharu. Mungkin akan datang ini akan berubah. Pada masa yang sama, OnePlus turut tidak akan memberi kemas kini selama 7 tahun seperti Google dan Samsung.

Komen