Teknologi Pengecasan Pantas 300W Realme Tertiris – Boleh Mengecas Hingga 15% Dalam Hanya 32 Saat
Amy Maizuraa
Teknologi pengecasan yang semakin maju telah memudahkan ramai pihak untuk sentiasa membekalkan kuasa penuh pada bateri peranti dengan cepat. Baru-baru ini tular satu video memaparkan keupayaan teknologi pengecasan pantas pada kadar 300W milik Realme. Dalam video berdurasi 39 saat itu, teknologi tersebut dilihat mampu mengecas sebuah peranti yang tidak dinamakan sehingga 15% dalam hanya 32 saat. Kemudian meningkat pada 17% pula dalam masa 35 saat.

Seperkara yang menjadi persoalan di sini adalah kapasiti bateri peranti berkenaan yang juga tidak diperincikan dengan jelas. Namun di sisi lain, ia berpotensi untuk memberi persaingan buat Redmi yang turut mempunyai teknologi pengecasan pantas 300W tersendiri. Melaluinya sebuah Redmi Note 12 Pro+ dengan bateri 4,100mAh boleh dicas penuh dalam masa 5 minit tetapi masih belum dikomersialkan sehingga kini.
Sudah semestinya pengumuman pada 14 Ogos 2024 kelak akan tertumpu kepada teknologi pengecasan pantas baharu Realme. Selain itu adakah akan ada kejutan lain daripada pengumuman tersebut sama-sama nantikan.
[sumber] 91mobiles [/sumber]