YouTube Menguji Ciri “Pemasa Tidur” Bagi Pelanggan Premium
Rihhadatul Aisy
Youtube kini sedang menguji satu ciri baharu untuk pengguna versi premium mereka dengan ia disebut sebagai ‘Sleep Timer’ seumpama ciri yang telah tersedia lama pada Spotify. Ciri ini membolehkan pengguna melakukan tetapan waktu automatik untuk berhenti menonton video. Ciri ‘Sleep Timer’ kini boleh diuji olehp elanggan Youtube Premium sehingga 2 September sahaja.

Menerusinya, pengguna boleh menetapkan tempoh masa untuk membuatkan video yang dimainkan berhenti secara automatik. Pilihan tetapan masa yang tersedia adalah 10, 15, 20, 30, 45 dan 60 minit dan video kemudiannya akan berhenti secara automatik.
Walaupun YouTube mengatakan ciri ini boleh digunakan pada aplikasi telefon pintar dan desktop, kami menyedari ia hanya boleh digunakan pada YouTube versi desktop sahaja pada ketika ini. Pada peranti Android dan iOS, ciri ini masih belum boleh diakses walaupun selepas aplikasi dikemas kini pagi tadi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.