Spotify Kini Hadir Dengan ‘Sleep Timer’ – Pemasa Menghentikan Muzik Yang Dimainkan

Spotify Kini Hadir Dengan ‘Sleep Timer’ – Pemasa Menghentikan Muzik Yang Dimainkan

Diterbitkan pada Mei 24, 2019 oleh .

Spotify kerap menguji pelbagai fungsi baharu melalui aplikasi mereka. Contohnya sebelum ini mereka hadir dengan fungsi seakan Instagram Stories, Storyline, mod untuk kereta, podcast dan banyak lagi. Terkini Spotify telah hadir dengan satu fungsi baharu yang pasti akan digunakan ramai.

Fungsi ini adalah ‘Sleep Timer‘. Ia adalah pemasa yang pengguna boleh tetapkan untuk menghentikan muzik yang dimainkan. Ini amat sesuai digunakan bagi mereka yang gemar mendengar muzik sebelum tidur. Jadi, dengan masa tertentu yang telah ditetapkan – Spotify akan terus menghentikan muzik dan tidak akan memainkan muzik secara rawak.

Fungsi ini dilihat hadir buat pengguna Android terlebih dahulu. Kemaskini ini dilihat hadir dari bahagian pelayan, kerana di Google Play Store pada peranti saya tiada kemaskini Spotify yang terbaru. Versi Spotify yang saya gunakan adalah v8.5.8.503.

Muat Turun Spotify untuk Android


TIPS & ULASAN