Rekaan Telefon Skrin Tri-Lipat Huawei Tertiris
Effi Saharudin
Huawei dijangka melancarkan telefon skrin tri-lipat pada bulan selepas sekian lama ura-ura mengenainya dilaporkan. Hari ini rekaan sebenar peranti telah tertiris selepas ia digunakan oleh pengerusi Huawei, Richard Yu di dalam sebuah kapal terbang.

Peranti digunakan dengan dalam mod terbuka dengan ketiga-tiga skrin dibuka. Dapat dilihat sebuah lubang kamera pada skrin paling kiri dengan tubuh peranti nampak agak nipis. Pada bahagian kanan dapat juga dilihat butang laras audio dan juga kuasa. Garisan lipatan pada skrin masih ketara. Ia adalah mirip dengan rekaan prototaip yang pernah diperlihatkan oleh TCL pada tahun 2020.

Walaupun spesifikasi dan perincian lain rekaan peranti ini masih lagi misteri. Ia pastinya sebuah peranti mercu seperti siri Huawei Mate X. Di China Huawei memegang pasaran peranti skrin boleh lipat dengan jualan mereka lebih tinggi berbanding siri Fold dan Flip keluaran Samsung tahun ini.