Pico 4 adalah set kepala realiti gabungan mampu milik paling berkuasa saya pernah gunakan. Ia adalah alternatif kepada Meta Quest 2 untuk pasaran global. Ia memberi pengalaman yang cukup baik ketika awal dilancarkan dan Pico sudah bersedia untuk menawarkan iterasi kedua iaitu Pico 4s.
Butiran tertiris menyatakan di pasaran tertentu, ia akan menggunakan nama Pico 4 Ultra dan adalah pesaing kepada Meta Quest 3 dengan cip yang sama iaitu Snapdragon XR2 Gen 2. Pico 4s turut akan dipadankan dengan memori 12GB RAM berbanding pesaing hanya 8GB. Bahagian hadapan dilihat mempunyai bar kamera dengan panel plastik hitam seakan skrin pada Vision Pro tetapi hanya untuk estetik.
Pada alat kawalan ia masih kelihatan lebih kurang sama dengan Pico 4, cuma kali ini tali pemegang dan gegelung pelindung boleh ditanggalkan. Imej tertiris turut memaparkan aksesori sensor baharu khusus untuk pemantauan kecergasan. Sumber turut berkongsi imej beg penyimpan Pico 4s tetapi tidak pasti adakah percuma atau akan dijual secara berasingan.