YouTube Bereksperimen Dengan Perlihatkan Kandungan Video Panjang Pada Bahagian Shorts
Aman
YouTube Shorts adalah penawaran video pendek menegak lebih kurang seperti TikTok, yang ditawarkan terbina pada platform YouTube. Sebelum ini, pihak YouTube pernah berkongsi mengatakan Shorts sahaja menjana lebih 70 bilion tontonan setiap hari.
Terbaru, dalam memudahkan para pengguna menemui pelbagai kandungan baharu menarik pada platform berkenaan, YouTube mengumumkan eksperimen baharu yang akan memperlihatkan video-video panjang pada platform tersebut, pada bahagian Shorts. Dengan langkah ini, pengguna boleh menemui pelbagai video menarik pada platform berkenaan ketika sedang menatal dan menonton video lain.
YouTube mengatakan mereka sedang melakukan eksperimen dengan melibatkan sejumlah kecil pengguna buat masa ini. Tidak diketahui bilakah ciri ini akan diperkenalkan secara meluas kepada semua. Bagi anda sendiri, apakah pendapat anda berkenaan langkah ini?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.