Realme Turut Mengumumkan Enam Teknologi Baharu Termasuk AI Motion Picture
Amy Maizuraa
Pengenalan enam teknologi baharu dilihat melengkapkan lagi pengenalan khas sistem pengecasan baharu Realme hari ini. Kesemua teknologi baharu itu meliputi tiga aspek penting seperti kecerdasan buatan, prestasi dan sistem pengimejan mudah alih. Seterusnya diharapkan mampu mengubah keseluruhan pengalaman yang dialami oleh pengguna pada sesuatu produk akan datang mereka.

Antara teknologi baharu tersebut ialah butang fizikal khas untuk kamera. Butang ini boleh ditatal untuk kawalan zum dan mengaktifkan pengatup. Ini bermakna pengguna kelak tidak perlu bersusah payah mengaktifkan aplikasi kamera bagu tujuang mengambil gambar. Konsep yang sama turut kedengaran sebelum ini untuk ura-ura penawaran pada peranti akan datang Apple.

Seterusnya pengguna turut boleh mengucapkan selamat tanggal pada masalah silau dengan teknologi skrin baharu Realme. Ia menawarkan tekstur seakan kerta yang boleh mengurangkan pantulan hingga 80% lebih baik untuk pengalaman tontonan yang selesa meskipun di bawah cahaya matahari terang. Skrin ini juga mampu menawarkan pengalaman tontonan yang jelas meskipun di tahap kecerahan yang minimum bagi tujuan penjimatan kuasa pada peranti.
Melalui AI Motion Picture pula pengguna kelak boleh mencipta video animasi daripada satu imej statik menggunakan kuasa AI. Katanya AI akan mengalisi imej yang dimuatnaik dengan sebaiknya kemudian mengenalpasti elemen visual utama untuk mencipta video animasi dalam beberapa saat. Sama ada ingin digunakan untuk media sosial atau lain-lain, AI Motion Picture dilihat menarik dalam usaha meningkatkan kualiti gambar lama menjadi lebih baik sambil mengekalkan kenangan berharga.

Turut diberi perhatian adalah pengalaman gaming yang dipertingkatkan melalui AI Gaming Super Resolution. Ia memanfaatkan kuasa AI pada pernati untuk menyediakan visual yang lancar sambil mengurangkan penggunaan kuasa pada cip pemprosesan. Pengalaman itu menjadi lebih baik apabila 4D Game Vibration disertakan dengan ciri haptik dipertingkatkan dan boleh disesuaikan dengan lebih 100 kawalan dalam sesebuah permainan mudah alih.
Akhir sekali ialah Halo Audio yang membolehkan pengguna mencipta pengalaman mendengar 3D yang mengasyikkan tidak kira sama ada digunakan untuk hiburan, komunikasi dan permainan sekalipun.