Wabak Covid-19 masih belum berakhir tetapi dunia kini kembali semula hidup seperti biasa seakan kemenangan telah dicapai. Dengan Covid-19 kini sekadar menjadi kenangan di minda orang ramai, Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) mengumumkan wabak Mpox atau nama lamanya cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan di peringkat antarabangsa (PHEIC).
Empat tahun Covid-19 atau pada waktu tersebut masih menggunakan nama SAR-CoV-2, diumumkan sebagai PHEIC sebelum keseriusan wabak ini diketahui ramai dan menyebabkan jutaan kematian. Mpox kini dikategorikan sebagai PHEIC selepas berlakunya peningkatan jangkitan dan kematian di benua Afrika khususnya di Republik Demokratik Kongo. Ia kini mempunyai risiko merebak bukan sahaja di benua Afrika dan juga ke benua lain.
Ini adalah kali kedua Mpox dikategorikan sebagai PHEIC dengan ia pertama kali mula didengari pada tahun 2022 apabila ia dikesan termasuk di Malaysia sebelum dikeluarkan semula pada Mei 2023. Ia kini kembali menjadi PHEIC selepas jumlah kes dan kematian pada tahun 2024 melepasi jumlah keseluruhan 5,600 kes dan 537 kematian sepanjang 2023.
Wabak Mpox kali pertama dikesan di Republik Demokratik Kongo pada tahun 1970 dengan ia merebak daripada monyet ke manusia. Selama ini Mpox tidak begitu mendapat perhatian dunia kerana ianya endemik di Afrika. Vaksin yang menentang wabak Mbox sudahpun dibangunkan.