Playdate Melancarkan Kerangka Pelindung Berbentuk Kotak Piza
Fahim Zahar
Playdate adalah konsol mudah alih retro moden dari Panic yang dikilangkan di Malaysia. Ia adalah sebuah konsol yang menarik dan bergaya tetapi sayang sekali tiada pengedar di Malaysia berminat menjualnya dan dengan harga yang mahal orang Malaysia lebih rela membeli Nintendo Switch. Walaupun begitu untuk permainan yang ringkas seakan zaman GameBoy, Playdate pada saya cukup unik.

Baru-baru ini Playdate telah melancarkan kerangka pelindung baharu iaitu Pizza. Ia menggunakan konsep rekaan kotak piza klasik dan masih mengekalkan sambungan magnetik seperti kerangka rasmi lain. Harga jualan adalah $29 iaitu sekitar RM128.70 dengan menyokong penghantaran ke Malaysia. Kerangka ini turut boleh dibuka seakan kotak piza iaitu penutupnya dibuka ke atas untuk mendedahkan isi yang enak iaitu skrin kecil monokrom Playdate. Jika anda berminat membeli Playdate harganya sekarang adalah sekitar RM883.
[info] Ulasan Playdate – Konsol Buatan Malaysia Yang Bergaya [/info]