China Menghalang Pula Eksport Antimoni Yang Digunakan Untuk Bateri EV
Effi Saharudin
China mula mengenakan halangan eksport untuk antimoni yang digunakan dalam bateri kenderaan elektrik (EV) dan panel fotovoltaik. Arahan untuk mengurangkan eksport antimoni ke luar China dilakukan bagi memastikan keselamatan dan kepentingan negara.

Pengeksport perlu memohon lesen untuk mengeksport antimoni yang bukan sahaja mempunyai kegunaan dalam sektor awam tetapi juga sektor ketenteraan. Halangan dikenakan ke atas antimoni dalam bentuk bijih, jongkong dan juga oksida serta peralatan memprosesnya tanpa kebenaran.
China memegang 48% pengeluaran antimoni global pada tahun lalu. Selain digunakan pada EV, logam berwarna kelabu ini juga digunakan dalam peluru, peluru berpandu, dan senjata nuklear. Ia digunakan sebagai bahan kalis api. Ini satu lagi halangan eksport bahan mentah yang dikenakan oleh China. Tahun lalu eksport galium dan germanium telah disekat dengan ia dilihat sebagai membalas halangan pembelian cip AI dan teknologi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas mereka.
[sumber] AP [/sumber]