Skrin Pintar Apple Dengan Tangan Robot Akan Dihasilkan Oleh Foxconn
Fahim Zahar
Sudah bertahun lamanya kita mendengar yang Apple bakal hadir dengan produk skrin pintar. Dikhabarkan, ia adalah HomePod dengan skrin yang akan menyokong Apple TV. Ada pula kata skrin adalah untuk hab peranti Internet benda dan terbaru ia mungkin akan mempunyai tangan robot. Semalam, MacRumors melaporkan yang Foxconn telah dipilih sebagai pengeluar tangan robot dan kerangka produk misteri ini.

Apple dikatakan telah mempunyai pasukan dengan ratusan pekerja membangunkan produk untuk rumah yang menyerupai sebuah iPad dengan tangan robot yang boleh berpusing 360 darjah. Foxconn dipilih kerana merupakan kilang yang terkenal dan mempunyai hubungan baik dengan Apple, selain turut telah menjadi pakar dalam pengeluaran produk robotik. iPad dengan tangan robot dan mungkin speaker HomePod ini dikatakan akan menjadi pesaing kepada Google Nest Hub.
[sumber] MacRumors [/sumber]