BNM Melancarkan Portal Fraud Kebangsaan (NFP) Dengan Kerjasama PayNet
Amy Maizuraa
Portal Fraud Kebangsaan atau National Fraud Portal (NFP) telah dilancarkan secara rasminya pada Selasa. Ia dibangunkan dengan hasil kerjasama diantara Bank Negara Malaysia (BNM) dan PayNet dengan 16 institusi kewangan yang telah menyertainya setakat ini. Seterusnya mengalu-alukan penglibatan lebih banyak lagi institusi yang lebih umum untuk mengukuhkan lagi keperluan membina sistem kewangan yang selamat dan terjamin.
Pengenalan NFP ini diyakini mampu menjadi ‘senjata ampuh’ yang boleh membantu memerangi masalah penipuan dalam talian yang sedang membelenggi masyarakat. Pada masa yang sama meningkatkan lagi kebolehupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) yang dilancarkan pada 2022 menjadi lebih baik.

Melalui NFP, proses NSRC kini dilengkapi dengan keupayaan automasi menyeluruh atau end-to-end bagi menguruskan laporan penipuan, mengesahkan dan menjejak dana yang dicuri, serta membolehkan perkongsian amaran awal dalam kalangan institusi kewangan agar tindak balas yang pantas dapat diambil. NFP yang juga memanfaatkan infrastuktur guna sama PayNet ini mampu menyediakan data pembayaran sepatutnya untuk operasi NSRC yang memudahkan pengesanan data.
Usaha menjadikannya lebih baik juga sedang giat dijalankkan dengan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) untuk mengenalpasti transasksi mencurikan melalui analisis ramalan. Pada masa yang sama turut ditambahbaik dengan kemampuan yang membolehkan pengguna melaporkan transaksi yang mencurikan secara terus daripada akaun perbankan mudah alih.

Menurut BNM lagi, protokol pengendalian akaun keldai peringkat industri juga telah dikeluarkan baru-baru ini untuk meningkatkan keupayaan mengesan akaun keldai. Walaubagaimanapun orang ramai masih seharusnya terus berhati-hari dan sentiasa cakna di sebalik apa yang berlaku dalam sistem pembayaran negara untuk kepentingan masing-masing.
[sumber] Bank Negara Malaysia [/sumber]