WeTransfer Membenarkan Pengguna Melanjutkan Tempoh Fail Dikongsi Hingga 30 Hari
Amy Maizuraa
Sekiranya anda sering melakukan perkongsian dokumen atau fail dalam talian mesti pernah dengan mengenai WeTransfer. Ia menjadi salah satu alternatif pilihan untuk menghantar fail yang besar. Namun tempoh luput fail yang singkat sering menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna. Lebih-lebih lagi apabila perlu meminta semula pautan semata-mata untuk memuat turun fail yang dihantar.

Menyedari hal tersebut, WeTransfer kini membenarkan pengguna melanjutkan tempoh luput sesuatu fail dikongsi dengan ciri baharu dinamakan sebagai Save for Later. Ini bermakna pengguna tidak perlu lagi tergesa-gesa untuk memuat turun fail sebelum ia hilang atau perlu meminta pengirim untuk menghantarnya semula. Perkara ini diumumkan oleh Wetransfer menerusi kenyataan di laman media sosial rasmi pada Rabu.

Melalui Save for Later, pengguna dikatakan boleh menyimpan pautam dikongsi ke fail berasingan dalam aplikasi Wetransfer kemudian mengaksesnya semula pada lain hari apabila diperlukan. Kesemua fail yang dipindahkan akan disusun dengan kemas dalam aplikasi bagi memudahkan akses. Had tempoh luput pula ditetapkan boleh mencapai sebulan (30 hari) tetapi hanya tersedia untuk pengguna yang berbayar. Jika sebaliknya iaitu pengguna percuma pula tempoh luput diberikan hanyalah diantara tiga hingga tujuh hari. WeTransfer turut menjelaskan bahawa tempoh lanjutan bergantung pada pakej yang dilanggan dan pautan masih boleh tamat serta merta jika tidak disimpan secara manual.

Pengenalan juga telah dibuat selepas pengambilan pengambil alihan WeTransfer baru-baru ini oleh Bending Spoons, syarikat di sebalik aplikasi popular seperti Evernote dan Meetup.