Carian
Pelanggan AppleCare+ Boleh Lanjutkan Tempoh Luput 45 Hari Selepas Tarikh Asal Tamat
August 22, 2024 Fahim Zahar

Satu berita gembira kepada semua pengguna setia Apple adalah di Malaysia akhirnya ada Apple Store. Ini bermakna, pengguna akan layak menerima khidmat bantuan profesional dari wakil Genius. Selain turut dapat menerima pelbagai layanan khas berbanding dengan negara yang tiada Apple Store. Terbaru, Apple telah mengumumkan yang pelanggan AppleCare+ kini boleh melanjutkan jaminan selepas 45 hari tarikh tuntutan asal tamat.

Sayang sekali, hanya untuk ini ia tidak ditawarkan kepada pengguna produk Apple di Malaysia. Buat masa ini ia hanya terhad kepada pengguna di negara Australia, Austria, Kanada, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Jepun, Netherlands, New Zealand, Norway, Sepanyol, Sweden, Switzerland, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. Pelan ini terkesan kepada AppleCare+ iPhone/iPad/Apple Watch bulanan dan tahunan serta pelan AppleCare+ tahunan untuk Mac.

Apple memberi pilihan lanjutan sehingga 24 bulan atau 36 bulan dengan bayaran penuh atau juga ansuran. Di China, Apple memberi peluang kepada pelanggan untuk lanjutkan sama ada 12 bulan, 24 bulan atau 36 bulan dengan bayaran tahunan. Ia juga hanya boleh dilanjutkan dalam tempoh 30 hari selepas tarikh asal tamat.

Tiada informasi tambahan untuk pelan lanjutan AppleCare+ di Malaysia setakat ini. Ini mungkin kerana Apple Store masih baru, kemudian sebelum wujudnya Apple Store – kebanyakan pengedar sah telah menjual insurans dan pelan jaminan tambahan tersendiri. Sama-sama kita nantikan informasi lanjut mengenai AppleCare+.

Komen