McAfee Perkenal Fungsi Mengenal-pasti Audio Yang Dijana AI Pada Sesuatu Video
Aman
Pada hari ini, kita telah sedia melihat beberapa video dan kandungan tersebar di arena web, yang menyertakan perubahan dilakukan menggunakan kecerdasan buatan generatif, sekaligus membawa kepada kekeliruan kepada pengguna. Malah, baru-baru ini, pempengaruh popular Khairulaming turut menjadi mangsa terhadap perkara ini.

Untuk mengatasi masalah ini, McAfee kini hadir dengan ciri untuk mengenal-pasti audio yang dijana menggunakan AI. Dinamakan McAfee Deepfake Detector, ia akan memberikan amaran kepada pengguna apabila ia mendapati video yang sedang ditonton anda mempunyai audio yang dijana berasaskan kecerdasan buatan. Fungsi ini berjalan terus melalui pelayar web, ketika anda melayari web tanpa sebarang keperluan langkah tambahan.
McAfee menyatakan fungsi ini berjalan atas komputer pengguna, tanpa perlu menggunakan analisan berasaskan awanan. Ciri baharu ini hadir terbina bersama komputer riba Lenovo Copilot+ bermula pertengahan September, di beberapa pasaran secara terhad. Ia dijangka ditawarkan secara lebih meluas bergerak ke hadapan.