Bowers&Wilkins Memperkenalkan Fon Telinga TWS Pi8 dan Pi6 Baharu
Nazrin
Bowers&Wilkins ialah sebuah jenama audio yang terkenal untuk penawaran audio kelas premium mereka, seperti fon telinga B&W Pi7 S2 yang kami pernah ulas pada tahun lepas. Hari ini, mereka nampaknya telah memperlihatkan dua buah lagi fon telinga baru yang merupakan penaiktarafan daripada model yang diperkenalkan pada tahun lepas.

Kedua-dua fon telinga tersebut ialah Bowers&Wilkins Pi8 dan Bowers&Wilkins Pi6. Model Pi8 merupakan pengganti kepada Pi7 S2 yang dijual pada tahun lepas, manakala Pi6 pula adalah pengganti pada Pi5 S2.

Pi6 S2 menggunakan pemandu audio yang diperbuat daripada bahan bio-cellulose sama yang digunakan didalam fon kepala B&W Px7 S2e yang dilancarkan tahun lepas. Pemandu audio Pi8 pula menggunakan bahan Carbon Cone yang diperlihatkan pada fon kepala PX8.

Kedua-dua fon telinga ini juga memperlhatkan rekaan baru yang dilihat lebih padat berbanding model sebelum ini, tetapi dengan permukaan yang lebih panjang yang memudahkan pengguna untuk mengakses ciri sesentuh pada fon telinga ini.
Fon telinga Pi6 dilihat hadir dengan jangkahayat bateri 8 jam yang boleh dilanjutkan lagi selama 16 jam, memberikan fon telinga ini jangka-hayat bateri selama 24 jam apabila digabungkan. Untuk fon telinga Pi8 pula, ia tampil dengan jangka-hayat bateri 6.5 jam dengan penambahan 13.5 jam daripada rangka, memberikannya jumlah jangka-hayat 20 jam.
Ini adalah kerana Pi8 kini tampil dengan sokongan teknologi codec audio aptX Lossless dan tampil dengan komponen-komponen seperti cip DSP dan DAC terbina didalam fon telinga ini yang memerlukan kuasa bateri yang lebih banyak.
Pi8 juga masih mengekalkan ciri retransmission yang membolehkan pengguna menggunakan rangka pengecasan sebagai alat transmisi audio ke fon telinga ini yang diperkenalkan pada Pi7 dan Pi7 S2.

Dalam pada itu, kedua-dua fon telinga ini menyokong teknologi sambungan nirwayar Bluetooth 5.4 yang membolehkan pengguna untuk menyambungkan fon telinga ini ke dua peranti sekaligus. Pi8 memperlihatkan ciri ANC yang menggunakan teknologi sama pada Px8, manakala Pi6 menggunakan teknologi ANC sama yang diperlihatkan pada Pi7 S2.

Beralih kepada perisian, seperti yang dijangka, kemaskini diperlihatkan untuk kedua-dua fon telinga ini. Pi8 kini akhirnya hadid dengan ciri mengubahsuai kualiti audio (audio equalizer) 5 jalur, manakala Pi6 hadir dengan kebolehan untuk mengubahsuai tahap treble dan bass pada fon telinga mereka.

Ini merupakan satu penaiktarafan yang baik, kerana seperti yang kami ulas sebelum ini, Pi7 S2 tidak hadir dengan kebolehan untuk mengubahsuai tetapan audio pada fon telinga mereka.
Buat masa ini, fon-fon telinga B&W Pi8 dan Pi6 hanya ditawarkan di beberapa pasaran terpilih terlebih dahulu pada harga $399 (Pi8) dan $249 (Pi6). Satu lagi perkara baru mengenai fon-fon telinga ini ialah penawaran warna baru, termasuklah Anthracite Black, Dove White, Jade Green dan Midnight Blue untuk Pi8, dan Cloud Grey, Storm Grey, Forest Green dan Glacier Blue untuk model Pi6.
[sumber]Bowers&Wilkins[/sumber]