Honor kini mengumumkan bahawa dua peranti baharunya iaitu tablet MagicPad 2 dan komputer riba MagicBook Art 14 akan diumumkan di acara IFA 2024. Kedua-duanya bukan sahaja menawarkan inovasi yang baik malahan menetapkan standard baharu melalui perkakasan dalaman terkini. Selain itu perlu juga disebutkan bahawa konsep rekabentuk kedua-duanya memiliki gaya menarik yang juga disesuaikan dengan target pengguna.
Namun demikian masih belum jelas mengenai spesifikasi dalaman peranti. Begitu juga dengan ketersediaannya untuk pasaran Malaysia. Apa yang penting ialah Honor Magic V3 yang merupakan telefon boleh lipat terkini mereka juga akan diumumkan dalam acara yang sama. Untuk maklumat lanjut mengenai kesemua peranti baharu Honor ini sama-sama nantikan 5 September akan datang.