CEO Telegram Ditahan Kerana Syarikat Enggan Membantu Siasatan Jenayah Siber
Effi Saharudin
Hujung minggu lalu CEO Telegram, Pavel Durov telah ditahan di Perancis ketika dalam perjalanan dari Azerbajian. Pihak berkuasa Perancis tidak memberikan sebab mengapa beliau ditahan dengan Telegram mengeluarkan kenyataan Durov tidak melakukan sebarang kesalahan. Hari ini pihak berkuasa Perancis akhirnya menyatakan sebab penahanan beliau.

Durov ditahan kerana Telegram didakwa enggan bekerjasama dalam beberapa kes jenayah melibatkan beberapa individu tertentu yang menyebarkan kandungan pedofilia, penjualan dadah, penipuan atas talian, kegiatan pengganas dan transaksi haram. Telegram enggan menyerahkan data yang telah diminta pihak berkuasa Perancis bagi membantu siasatan. Platform pemesejan ini juga didakwa tidak melakukan moderasi ke atas kandungan yang di label berbahaya.
Pada Ahad lalu mahkamah membenarkan pihak berkuasa Perancis melanjutkan tempoh penahanan beliau sehingga 96 jam. Selepas tempoh tersebut beliau akan dibebaskan akan akan didakwa di mahkamah.
[sumber] Guardian [/sumber]