Carian
Xiaomi Juga Dikatakan Sedang Membangunkan Telefon Skrin Tri-Lipat
August 27, 2024 Amy Maizuraa

Huawei sedang membangunkan telefon skrin tri-lipat namun mereka bukanlah satu-satunya syarikat yang berbuat demikian. Ia berikutan timbulnya desas-desus mengaitkan Xiaomi yang dikatakan mempunyai perancangan yang sama. Peranti tersebut dijangka akan menjadi sebahagian daripada siri MIX dan prototaipnya boleh diperlihatkan sekurang-kurangnya pada tahun hadapan sewaktu acara tahunan MWC.

Xiaomi Logo

Namun belum diketahui mengenai rekaan dan apa yang akan ditawarkan oleh Xiaomi pada peranti tersebut. Sekiranya benar seperti yang diperkatakan ini bermakna kita boleh menjangkakan perubahan ketara dalam segmen telefon boleh lipat yang kelak diberikan inovasi dan teknologi lebih baik dalam mencipta pengalaman penggunaan lebih inklusif.

Telefon skrin tri-lipat Huawei menjadi bualan selepas ia digunakan oleh Pengurus Huawei iaitu Ricard Yu di dalam sebuah kapal terbang. Ia digunakan dalam mod terbuka dengan ketiga-tiga skrin juga dibuka. Sebuah lubang kamera pada skrin paling kiri dengan tubuh peranti agak nipis juga digunakan. Ia adalah mirip dengan rekaan prototaip yang pernah diperlihatkan oleh TCL pada tahun 2020.

Komen