Rekaan Google Pixel 9a Tertiris Tanpa Bonggol Kamera
Fahim Zahar
Google Pixel siri A adalah antara telefon kelas pertengahan yang digemari ramai. Ini kerana ia dijana dengan cip yang sama dengan Pixel mercu serta mempunyai kebanyakan ciri dan fungsi yang sama pada harga lebih mampu milik. Terbaru, imej yang dikatakan adalah peranti sebenar Pixel 9a tertiris.

Imej ini kelihatan seakan sebuah iPhone dengan kamera belakang yang rata. Jika benar ini adalah Pixel 9a, Google mungkin tidak lagi akan menggunakan rekaan panel belakang bonggol kamera yang besar. Susunan butang fizikal kelihatan sama seperti siri Pixel 9 sekarang. Buat masa sekarang, masih awal untuk mengetahui butiran lanjut Pixel 9a. Jika Google menggunakan strategi yang sama seperti Pixel 8a, Pixel 9a mungkin akan turut dilengkapi cip Tensor G4 dan mempunyai sokongan ciri AI seperti Gemini Live.
Pixel 9 dijual di Malaysia pada harga bermula RM3,999. Jika Pixel 9a mula dijual di Malaysia, ia mungkin akan dijual pada harga bawah RM3,000. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai peranti ini. Google masih tidak mengesahkan yang siri A akan ke pasaran Malaysia, tetapi apa yang pasti adalah pengganti Pixel 9 Pro Fold akan tiba ke pasaran tempatan tahun hadapan.
[sumber] 9to5Google [/sumber]