Qalbox Kini Menawarkan Pelan Percuma Untuk Tonton Kandungan Mesra Muslim – Termasuk Kandungan Durioo Secara Percuma
Aman
Qalbox, perkhidmatan penstriman yang dimiliki oleh MuslimPro kini turut menawarkan sejumlah kandungan mereka dibawah pelan percuma, sekaligus membolehkan sesiapa sahaja menonton kandungan di Qalbox tanpa perlu membayar seperti sebelum ini. Qalbox menjayakan penawaran ini melalui sokongan paparan iklan.

Qalbox menawarkan kandungan mesra muslim, dan turut dilengkapkan dengan dokumentari, rancangan kanak-kanak, dan baru-baru ini turut telah mula menawarkan kandungan langsung berbentuk pembelajaran.
Menariknya juga adalah anda turut boleh menonton beberapa rancangan Durioo yang ditujukan kepada kanak-kanak, melalui platform Qalbox ini secara percuma. Durioo merupakan salah satu perkhidmatan penstriman tempatan memfokuskan kandungan kanak-kanak.

Bagi anda yang berminat, boleh mengakses Qalbox ini melalui laman web atau aplikasi MuslimPro hari ini, dan menonton pelbagai rancangan secara percuma melaluinya.