Tumblr Akan Dikuasakan Oleh WordPress – Proses Peralihan Kini Dimulakan
Aman
Tumblr merupakan salah satu mikro-blog yang sangat popular sebelum letusan arena media sosial. Namun, ia mengalami zaman kejatuhan beberapa tahun lepas, dan telah diambil-alih oleh Automattic – iaitu pemilik WordPress.

Terbaru, Automattic mengumumkan mereka akan mengalihkan Tumblr kepada menggunakan teknologi WordPress untuk menguasakannya. Hal ini akan dilakukan pada latar, dimana pengguna mungkin tidak akan sedar perubahan berkenaan.
Bagi pihak Automattic sendiri, langkah ini dijangka akan memudahkan lagi penjagaan dan pengenalan pelbagai fungsi baharu pada Tumblr. Ia juga akan membolehkan infrastruktur WordPress.com yang sedia dioptimasikan dengan pelbagai pelaburan besar digunakan dalam menggunakan Tumblr.
Automattic mengatakan proses pemindahan ini mungkin antara yang paling besar dalam sejarah internet. Tumblr pada hari ini mempunyai lebih separuh bilion blog, dan proses pemindahan teknikal ini dijangka akan mengambil sedikit masa.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.