CEO Telegram Didakwa Bersubahat Dengan Jenayah dan Kini Dilarang Meninggalkan Perancis
Effi Saharudin
Selepas hampir empat hari ditahan oleh pihak berkuasa Perancis, CEO Telegram Pavel Durov telah dibebaskan dengan ikat jamin €5 juta (~RM 24 juta) tetapi telah didakwa bersubahat dengan pelbagai jenayah yang dilakukan dalam platform. Beliau kini dilarang daripada meninggalkan Perancis sementara menanti dibicarakan.

Seperti yang telah kami laporkan beberapa hari yang lalu, Telegram didakwa didakwa enggan bekerjasama dalam beberapa kes jenayah melibatkan beberapa individu tertentu yang menyebarkan kandungan pedofilia, penjualan dadah, penipuan atas talian, kegiatan pengganas dan transaksi haram.
Telegram enggan menyerahkan data yang telah diminta pihak berkuasa Perancis bagi membantu siasatan. Platform pemesejan ini juga didakwa tidak melakukan moderasi ke atas kandungan yang di label berbahaya. Walaupun telah didakwa, Telegram kekal dengan pendapat bahawa mereka tidak seharusnya dipersalahkan sekiranya aplikasi disalahgunakan oleh pengguna.
[sumber] Le Monde [/sumber]