Yelp Memfailkan Saman Ke Atas Google – Mengatakan Google Salah Guna Kelebihan Enjin Carian Dalam Utamakan
August 29, 2024
Google
Aman
Yelp, salah satu perkhidmatan memfokuskan kepada direktori lokasi dan tempat, kini memfailkan saman ke atas Google, mengatakan Google menyalahguna posisi mereka sebagai enjin carian dalam mengutamakan penawaran dan ulasan mereka terlebih dahulu berbanding penyedia perkhidmatan lain.

Yelp mengatakan Google memonopoli kuasa mereka dalam arena carian dalam membuatkan pengguna hanya berada dalam ekosistem Google, sekaligus membuatkan pengguna tidak ke perkhidmatan pesaing yang lain.
Pihak Google dilihat mengatakan mereka akan melakukan rayuan untuk kes ini.
Sebelum ini, Google turut telah didapati bersalah mengamalkan monopoli dalam perniagaan carian.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.