OpenAI Dilaporkan Sedang Dalam Perbincangan Untuk Meraih Dana Pada Nilai Lebih $100 Bilion
Aman
OpenAI, firma memfokuskan kecerdasan buatan yang menjadi fokus ramai melalui penawaran ChatGPT, kini dilaporkan sedang dalam proses meraih suntikan dana, yang menilaikan syarikat OpenAI berkenaan sekitar $100 bilion. Beberapa pihak dijangka akan menyertai fasa pelaburan ini, termasuk Microsoft sendiri.

OpenAI sebelum ini sedia mengintegrasikan penawaran mereka melalui sistem operasi Windows hasil kerjasama dan pelaburan Microsoft. Tidak setakat itu, OpenAI juga telah mengumumkan kerjasama dengan Apple, sekaligus akan mengintegrasikan model ChatGPT pada iPhone, Mac dan iPad. Ini sekaligus dilihat membawa kepada lonjakkan nilai syarikat berkenaan.
Disamping itu, OpenAI juga kini sedang membangunkan SearchGPT, iaitu enjin carian yang dikuasakan kecerdasan buatan, sekaligus memposisikan mereka sebagai salah satu pesaing untuk Google.
Buat masa ini, pihak OpenAI dan Microsoft tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan laporan baharu ini.