Carian
Anda Kini Mencipta Chatbot Khas Google Gemini Tersendiri Dengan Gems
August 29, 2024 Fahim Zahar

Tiga bulan lepas semasa acara Google I/O 2024, Google mengumumkan Gems untuk pengguna mencipta chatbot AI tersendiri dengan tugasan spesifik. Ini adalah seperti GPT Store oleh OpenAI, di mana chatbot yang telah dicipta kemudiannya boleh dikongsi. Gems adalah ciri yang sedia terbina di dalam Gemini. Google ada menawarkan lima chatbot khas untuk tujuan perbincangan, bantuan mencari kerja, membantu pengguna dalam tugasan pengkodan, pelatih pembelajaran dan juga pembantu menulis.

Untuk mencipta chatbot sendiri, pengguna hanya perlu memberi ia nama dan arahan untuk apakah tugasan spesifik yang akan dilakukan. Melaluinya, Gemini akan lebih pantas memberi maklum balas dan semua interaksi antara pengguna dan Gemini akan menjadi lebih fokus dan tidak meluas ke pelbagai cabang topik berbeza.

Gems adalah ciri khusus untuk pengguna Gemini Advanced yang melanggan Google One AI Premium serta untuk pengguna perusahaan. Tiada sebarang informasi lain mengenai Gems akan ditawarkan secara meluas selain turut terhad kepada 150 negara sahaja. Pada masa yang sama, Gemini turut dikemaskini dengan Imagen-3 yang akan datang boleh kembali menjana imej manusia.

Komen