Satu demi satu pelayar web alternatif Windows dikemaskini dengan sokongan natif untuk komputer dengan cip Arm. Terbaru adalah Vivaldi dengan pelayar web 5.9 mereka. Selepas diuji sejak sebelum siri Snapdragon X diperkenalkan, pelayar web Arm mereka akhirnya rasmi.
Antara ciri menarik ditawarkan adalah menukar nama tab-tab yang dibuka untuk penggunaan yang lebih kemas dan teratur. Kemudian, Vivaldi turut mengikuti pelayar web lain iaitu membawakan sokongan membuka tan dari peranti lain seperti telefon terus pada komputer. Perkara lain yang dikemaskini adalah memastikan prestasi penggunaan keseluruhan termasuk klien emel terbina boleh beroperasi dengan lancar pada platform Arm.