IFA merupakan salah satu acara tahunan yang memfokuskan kepada produk-produk elektronik untuk pengguna. Pada tahun ini ia akan berlangsung bermula 6 hingga 10 September di Berlin, Jerman dengan Tecno juga akan mengambil bahagian dalam acara ini.
Melaluinya Tecno akan mempamerkan strategi pemasaran AI baharu memandangkan ia menjadi bahagian yang penting dalam strategi syarikat. Seterusnya Tecno juga mempunyai perancangan untuk mengintegrasikan AI ke dalam sistem operasi miliknya, HiOS pada masa akan datang. Dalam acara yang sama terdapat produk turut akan dipamerkan dengan kebanyakan daripadanya sudah dilancarkan di MWC 2024. Antaranya termasuk konsol windows mudah alih sebesar alat kawalan permainan Tecno Pocket Go dan Tecno Dynamic 1 yang merupakan sebuah robot berbentuk seekor anjing.
Kini timbul juga persoalan adakah Tecno akan mempamerkan telefon skrin tri-lipatnya di Berlin? Jika ya sudah tentulah menarik sekali kerana ia baru sahaja diumumkan tempohhari dengan rekaan skrin dilipat dalam bentuk Z. Diikuti juga dengan binaan yang nipis dengan ketebalan hanya 11mm apabila dibuka. Walaupun masih sekadar peranti konsep namun penawarannya adalah cukup menarik.