Netflix dan Viu Ialah Platform Penstriman Video Paling Popular Di Malaysia Pada Q2 2024
Effi Saharudin
Penstriman video memudahkan kandungan ditonton di mana-mana sahaja tanpa perlu membeli media fizikal. Sejak Netflix memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2016, ia membuka pintu kepada platform lain seperti iFlix, Viu, Durio dan Prime untuk turut dilancarkan di Malaysia. Menurut laporan daripada JustWatch, pada ketika ini Netflix dan Viu ialah dua platform penstriman video berbayar paling popular di Malaysia pada Q2 2024.

Netflix di tangga pertama dengan pegangan 28% pasaran diikuti oleh Viu (23%), Disney+ Hotstar (15%), iFlix (14%), Prime Video (7%), HBO GO (4%) dan lain-lain (9%). Menurut JustWatch lagi Netflix dan Viu menunjukkan pertumbuhan jumlah pelanggan. Prime Video, Disney+ Hotstar dan iFlix pula sebaliknya. HBO GO pula sekadar mendatar.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.