Qualcomm hari ini memperkenalkan cip Snapdragon X Plus 8-teras, yang akan hadir bersama-sama sejumlah komputer riba. Menariknya, cip berkenaan bukan terhad kepada komputer riba sahaja, dan turut akan menawarkan sokongan kepada pelbagai versi komputer.
Ini termasuk komputer bersaiz mini dan juga komputer desktop. Langkah ini sekaligus membuatkan cip dibawah siri Snapdragon X bukan sekadar untuk komputer riba, tetapi turut boleh menguasakan komputer destkop untuk tugasan lebih berat.
Buat masa ini, tiada sebarang rakan kerjasama diumumkan. Mungkin kita akan mendengar lanjut berkenaan dengannya dalam masa terdekat – apatah lagi sekitar hujung tahun yang Qualcomm akan berkongsi pelbagai perkembangan syarikat mereka.