Aplikasi YouTube telah dikemaskini dengan ciri baharu ‘Add Yours’ yang membolehkan pengguna mencipta rantaian kandungan berbentuk gambar atau video untuk berinteraksi secara umum. Kelihatan sangat serupa? Kalau diikutkan fungsi ini juga sedia ditawarkan oleh TikTok, Instagram dan Facebook sejak sekian lamanya menerusi aplikasi masing-masing.
Sama sahaja penggunaannya dan boleh diakses melalui pelekat ‘Add Yours’ khusus melalui ruangan alat suntingan di bahagian kanan aplikasi. Kemudian pengguna boleh menaip sebarang perkara serta soalan yang cenderung menarik perhatian pengguna lain untuk memberi respon. Pengguna lain pula boleh memberi respon dengan menambah kandungan Shorts masing-masing mengikut topik yang sedang dibincangkan. YouTube kini melancarkan pelekat ‘Add Yours’ untuk Shorts kepada semua pengguna. Sekaligus membolehkan mereka berinteraksi diantara satu sama lain dengan suasana menyeronokkan.