YouTube Kini Memaparkan Iklan Apabila Video Dijeda Di TV
Rihhadatul Aisy
Sebelum ini di Amanz, kami pernah melaporkan dimana YouTube mungkin sedang dalam usaha untuk memperluaskan paparan iklan ketika jeda video. Menerusi laporan terbaru, paparan iklan ketika menjedakan sesuatu video kini telahpun dilancarkan di YouTube pada kaca televisyen secara rasmi dan telah dilancarkan kepada sebahagian pengguna pada ketika ini.

Menerusinya, pengguna akan melihat paparan iklan yang muncul di samping video yang di jeda. Paparan iklan berkenaan akan ditempatkan dalam kotak berasingan dan pengguna boleh memilih untuk menutup iklan tersebut atau mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenainya.
Pembaharuan seumpama ini sekaligus memperlihatkan inisiatif pihak Google untuk meningkatkan pendapatan daripada platform berkenaan. Pada masa yang sama, pembaharuan ini juga pastinya akan memberikan perubahan kepada pengalaman menonton pengguna kerana terasa seperti dihujani iklan sepanjang masa sehingga terpaksa melanggan YouTube Premium.
[sumber] 9to5google [/sumber]