Carian
Amerika Akan Mengenakan Tarif Import Ke Atas Laman Edagang China Seperti Shein dan Temu
September 14, 2024 Effi Saharudin

Tarif ialah antar isu hangat didebatkan dalam pilihanraya pemilihan Presiden Amerika Syarikat tahun ini. Donald Trump berkata jika dipilih, beliau akan meningkatkan tarif ke atas import produk daripada luar khusus China yang dikatakan menggunakan gelung pelepasan untuk tidak membayar cukai tinggi. Terkini Rumah Putih mengumumkan pelan untuk menarik pelepasan cukai import barangan dari China.

China Amerika

Sebelum ini import barangan bernilai bawah $800 diberikan pelepasan apabila diimport ke Amerika Syarikat. Ini membolehkan laman edagang seperti Shein dan Temu membanjiri pasaran Amerika dengan produk murah sehingga memberikan kesan kepada pedagang tempatan yang tidak boleh bersaing dengan harga yang ditawarkan. Menerus pelan baharu ini kelak, syarikat dari China tidak lagi akan diberikan pelepasan cukai.

Ini adalah satu lagi pengenalan tarif oleh Amerika Syarikat bagi membendung syarikat China. Amerika telahpun mengenakan tarif sehingga 100% ke atas kenderaan elekrik (EV), panel solar, semikonduktor, kad grafik, papan induk, dan kerangka PC buatan China tahun ini.

Komen