Cari @ Amanz

Amerika Turut Mengenakan Tarif Pada Kad Grafik, Papan Induk dan Kerangka PC China

Link Copied!

Sejauh manakah hubungan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China akan retak? Adakah ia akan kembali pulih? Dengan pengumuman tarif ke atas beberapa produk keluaran China hari ini jelas situasi semakin membusung antara dua negara dengan ekonomi terbesar dunia.

Bermula 15 Jun, Amerika Syarikat mengenakan semula tarif 25% ke atas komponen PC keluaran China seperti kad grafik, papan induk dan kerangka buatan negara tersebut. Tarif diperkenalkan ketika pentadbiran Donald Trump sebelum dihentikan oleh Joe Biden. Tetapi dengan pilihanraya akan berlangsung November depan, ia telah dikuatkuasakan semula secara mengejut.

Tindakan mengenakan tarif ini akan meningkatkan kos kepada pengguna dan perniagaan di Amerika kerana majoriti komponen PC diimport dari China. Ia tidak sekadar mendatangkan impak kepada pengguna komputer peribadi tetapi juga pusat data yang memerlukan rak pelayan komputer.

Hanya beberapa minggu lalu tarif baharu 100% dikenakan ke atas EV, 25% ke atas besi serta aluminium dan 50% ke atas semikonduktor buatan China yang diimport masuk ke Amerika. Kerana risau tarif yang sama akan mendatangkan impak ke atas Tesla, Elon Musk kini menolak pula tindakan mengenakan tarif ke atas EV China sedangkan beliau antara yang menyeru ia dikenakan.


Komen ()