Intel Memisahkan Perniagaan Faundri dan Pembinaan Kilang Di Malaysia Akan Diteruskan
Effi Saharudin
Seperti yang telah diramalkan, Intel telah memisahkan perniagaan faundri mereka dengan menubuhkan subsidiari bahari Intel Foundry. Ia kini menjadi anak syarikat dengan pengarah operasi tersendiri dan laporan kewangan berasingan dengan Intel. Turut diumumkan ialah penangguhan pembinaan kilang di Jerman dan Poland selama dua tahun. Pembinaan akan dimulakan semula selepas melihat permintaan pasaran

Sebelum ini muncul laporkan pembinaan kilang di Jerman akan dibatalkan sepenuhnya. Malaysia pula akan kekal menjadi hab rekaan dan pengeluaran aktif dengan Intel merancang akan menyambung semula pembinaan kilang pembungkusan baharu mereka di Pulau Pinang. Namun begitu penyambungan semula ini akan diselaraskan semula dengan keadaan pasaran
Pada waktu yang sama pembinaan kilang di Arizona, New Mexico, Ohio dan Oregon turut diteruskan kerana ia telahpun menerima dana CHIPS Act di bawah pentadbiran Joe Biden untuk menjadikan Amerika Syarikat sebagai pusat pengeluaran cip yang berdaya saing di masa hadapan.
Intel telapun menerima dana $3 bilion bagi menghasilkan cip untuk pihak tentera Amerika Syarikat. Turut diumumkan, Intel menjual sebahagian pegangan dalam Altera yang menghasilkan cip yang boleh diprogramkan
[sumber] Intel [/sumber]