Tecno Phantom V Flip2 Dilancarkan – Cip Dimensity 8020 Dan Pengecasan 70W
Amy Maizuraa
Tecno telah melancarkan Phantom V Flip2 secara rasmi. Ia merupakan telefon skrin boleh katu[ generasi kedua Tecno yang diberi nafas baharu untuk reka bentuk, perkakasan dalaman dan sebagainya. Sekaligus memungkinkan ia mampu bersaing dengan beberapa model dalam pasaran yang sama. Berikut adalah penawaran penuh pada peranti ini.

Tecno Phantom V Flip2 mempunyai paparan utama LTPO AMOLED FHD+ 6.9-inci berkadar segar semula 120Hz. Ia dipadankan dengan skrin sekunder yang juga sejenis AMOLED sebesar 3.64-inci. Ia juga dijana dengan cip Mediatek Dimensity 8020, memori 8GB RAM (boleh dikembangkan sebanyak 8GB RAM) dan storan dalaman 256GB.
Persediaan kamera terdiri dengan 50MP + 50MP (ultra lebar) dengan OIS dan swafoto sebesar 32MP. Selain itu mempunyai bateri 4,720mAh dengan sokongan pengecasan pantas 70W. Terdapat juga ciri AI terbina seperti pembantu maya Ella yang kini diintegrasikan dengan Gemini, AI Tools: Smart Q&A (secara masa nyata), AI Summary, AI Translation, AI Writing dan AI Artboard diberikan bersama.
[sumber] TECNO PHANTOM V FLIP2 5G [/sumber]