Dengan Pixel 9 telah dilancarkan di Malaysia secara rasmi, kini orang ramai boleh berharap yang produk-produk Made by Google kelak berpotensi menjadi lebih meluas untuk menarik orang ramai serta melengkapkan penggunaan ekosistem. Android Headlines baru-baru ini menemui informasi yang tahun 2025 mungkin akan mempunyai lima telefon Pixel akan dilancarkan.
Pertama adalah Pixel 9a, iaitu iterasi lebih mampu milik yang dijangka akan tiba menjelang Google I/O 2025. Kemudian adalah Pixel 10, Pixel 10 Pro, Pixel 10 Pro XL dan Pixel 10 Pro Fold. Setiap peranti ini menggunakan kod nama Tegu, Frankel, Blazer, Mustang serta Rango yang jelas sekali adalah fasa baharu Pixel kerana sebelum ini kod namanya berasaskan ikan-ikan bukannya reptilia.
Siri Pixel 10 pula dijangka berpotensi menjadi Pixel terbaik kerana Tensor G5 akan datang adalah berasaskan teknologi 3nm oleh TSMC dan bukan lagi Samsung Exynos. Kemudian Pixel 10 Pro Fold adalah antara model yang telah disahkan mungkin tiba ke pasaran Malaysia tahun hadapan. Sama-sama kita nantikan informasi lanjut. Saya mengharapkan yang dengan iPhone 16 boleh dijual pada harga lebih murah, kelak Pixel 10 turut akan menawarkan harga yang lebih berbaloi.