Carian
Google Find My Device Akan Menyokong Kompas Untuk Mencari Penjejak Objek UWB
September 18, 2024 Fahim Zahar

Apple AirTag adalah penjejak objek dengan UWB paling menarik, kerana ia mudah untuk dibeli dan kaedah pencarian dengan Apple Find My adalah menarik serta mudah. Walaupun Find My Device untuk Android telah mempunyai ciri seakan sistem Apple, sokongan UWB masih tidak disertakan dan ini akan berubah tidak lama lagi.

Google dilihat sudah bersedia menawarkan ciri ini pada aplikasi Find My Device kerana di dalamnya mempunyai kod tersembunyi untuk ciri kompas. Kompas ini dikatakan adalah untuk mencari penjejak objek UWB seperti Moto Tag atau mana-mana penjejak objek lain dengan ciri sama. Ia akan menawarkan pengalaman penggunaan seakan Apple Find My dengan bantuan pencarian lebih mudah seperti indikasi Device is very close, The device is behind you, Turn left dan banyak lagi.

Buat masa ini masih tidak pasti bila ciri ini akan diaktifkan. Di Malaysia, penjejak objek UWB berasaskan Find My Device untuk Android tidak dijual secara rasmi dan tidak meluas. Yang ada UWB hanyalah Samsung SmartTag tetapi ia terhad dengan Samsung Find sahaja.

Komen