Jony Ive Mengesahkan Sedang Bangunkan Peranti AI Bersama CEO OpenAI
Aman
Sejak daripada tahun lepas, kita sedia mendengar desas-desus mengatakan Jony Ive, bekas ketua rekaan di Apple bekerjasama dengan CEO OpenAI dalam usaha membangunkan sebuah peranti khusus yang memfokuskan kecerdasan buatan. Lanjutan daripadanya, kini Jony Ive secara rasminya mengesahkan kerjasama dengan Sam Altman berkenaan.
Walaubagaimanapun, ia tidak dinyatakan berkenaan apakah jenis peranti yang kita akan lihat. Projek berkenaan kini melibatkan sekitar 10 orang pekerja dibawah Jony Ive. Pasukan ini akan meneroka penggunaan teknologi kecerdasan buatan janaan, dan merekabentuk peranti yang menintegrasikan teknologi berkenaan.
Dengan pengesahan rasmi ini, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut, dan bagaimanakah ia akan membawa penggunaan peranti berasaskan kecerdasan buatan ke era seterusnya.
Sebelum ini, beberapa peranti memfokuskan kecerdasan buatan sepenuhnya hadir ke pasaran, tetapi gagal mencuri perhatian ramai. Selain itu, pelbagai pengeluar peranti sedia ada, seperti Samsung dan Apple telah mula mengintegrasikan dan memfokuskan penambahan sokongan kecerdasan buatan janaan pada peranti masing-masing.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.