Fon Telinga Bowers & Wilkins Pi6 Dan Pi8 Akan Tiba Di Pasaran Tempatan Pada Oktober Ini
Nazrin
Pada bulan lepas, kami ada melaporkan tentang jenama audio Bowers & Wilkins yang mengumumkan dua model terbaru mereka, B&W Pi6 dan Pi8 yang sudahpun memasuki beberapa pasaran terpilih.
Pi6 S2 menggunakan pemandu audio yang diperbuat daripada bahan bio-cellulose sama yang digunakan didalam fon kepala B&W Px7 S2e yang dilancarkan tahun lepas. Pemandu audio Pi8 pula menggunakan bahan Carbon Cone yang diperlihatkan pada fon kepala PX8.

Kedua-dua fon telinga ini juga memperlhatkan rekaan baru yang dilihat lebih padat berbanding model sebelum ini, tetapi dengan permukaan yang lebih panjang yang memudahkan pengguna untuk mengakses ciri sesentuh pada fon telinga ini.

Kemaskini juga diperlihatkan untuk kedua-dua fon telinga ini. Pi8 kini akhirnya hadid dengan ciri mengubahsuai kualiti audio (audio equalizer) 5 jalur, manakala Pi6 hadir dengan kebolehan untuk mengubahsuai tahap treble dan bass pada fon telinga mereka.
Menurut laporan LowYat.Net, pengedar rasmi jenama Bowers & Wilkins, TC Acoustics akan membawa masuk kedua-dua model fon telinga ini sekitar bulan Oktober ini, pada tanda harga RM1,399 untuk B&W Pi6 dan RM2,399 untuk model Pi8.
[sumber]LowYat.Net[/sumber]