Huawei mengumumkan platform HarmonyOS NEXT kini disokong lebih 10,000 aplikasi dan juga perkhidmatan-meta sejak versi terkini sistem operasi kendiri mereka dilancarkan pada penghujung 2023. Menerusi puluhan ribu aplikasi ini, Huawei berkata 99.9% keperluan pengguna akan dapat dipenuhi. Dengan ini Huawei berjaya memenuhi sasaran mempunyai 5000 aplikasi natif HarmonyOS NEXT menjelang penghujung 2024.
Sokongan aplikasi yang mencukupi adalah perlu kerana menerusi HarmonyOS NEXT, aplikasi Android tidak lagi boleh dipasang secara sesi seperti yang dilakukan di Malaysia selama ini. Dalam perkembangan yang sama Huawei mengumumkan mereka akan membelanjakan RMB 6 bilion (~RM 3.5 bilion) setiap tahun bagi menyokong komuniti pembangun menerusi Huawei Developer Alliance.
Di Malaysia peranti Huawei masih lagi menggunakan EMUI dengan setahu kami tiada perancangan untuk turut berubah sepenuhnya kepada HarmonyOS NEXT. Sekiranya ia dilakukan jumlah aplikasi yang ditawarkan harus dipertingkatkan lagi.
Sebagai perbandingan Huawei App Gallery dengan sokongan aplikasi berasaskan Android menawarkan lebih 220,000 aplikasi. Google Play Store pula menawarkan lebih 8 juta aplikasi sementara Apple App Store menawarkan hampir 2 juta aplikasi.