Max Akan Menggantikan HBO Go Di Malaysia Pada Penghujung Tahun Ini
Effi Saharudin
Kami sudah menanti pelancaran platform penstriman video HBO Max sejak tahun 2021 apabila ura-ura mengenainya mula didengari. HBO Max sudahpun bertukar nama menjadi Max dan telah dilancarkan di Jepun hari ini. Berita baik bagi pengguna di Malaysia ialah Max disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada penghujung tahun ini.

Presiden Warner Bros. Discovery APAC, James Gibbons mengatakan tarikh pelancaran belum lagi dimuktamadkan tetapi adalah dalam masa beberapa minggu atau bulan sahaja lagi sebelum 2024 berakhir.
Selain Malaysia, Max akan turut dilancarkan di pasaran Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong juga dalam tempoh masa yang sama. Ia kemudiannya akan ditawarkan kepada pengguna Australia pada separuh pertama 2025. Dengan pelancaran Max, perkhidmatan penstriman HBO Go akan ditamatkan.
Walaupun Max telah dilancarkan di Amerika Syarikat pada tahun 2020, ia tidak ditawarkan ke peringkat global secara menyeluruh kerana isu pelesenan dan perkongsian kandungan dengan syarikat tempatan.
[sumber] Hollywood Reporter [/sumber]