Disney+ Mula Mengenakan Caj Tambahan Untuk Menambah Profil Pengguna Tidak Serumah
Effi Saharudin
Disney+ akhirnya mengaktifkan ciri mengenakan caj bayaran tambahan untuk menambah profil pengguna yang tidak duduk serumah. Langkah ini diambil bagi menentang amalan pengguna yang berkongsi kata laluan akaun dengan ahli keluarga atau rakan sepejabat yang duduk berasingan.

Menerusi ciri baharu ini, bayaran tambahan $6.99 sebulan dikenakan untuk profil tambahan Disney+ Basic dan $9.99 sebulan untuk profil tambahan langganan Disney+ Premium. Hanya satu profil tambahan boleh dilanggan untuk setiap akaun sedia ada. Ciri ini mula ditawarkan kepada pelanggan di Amerika Syarikat, Kanada, Costra Rica, Guetamala, Eropah dan Asia Pasifik.
Harus dinyatakan ciri ini hanya untuk pelanggan Disney+ sahaja. Ketika artikel ditulis, masih tidak pilihan menambah profil untuk pelanggan Disney+ Hotstar di Malaysia. Kami masih cuba mendapatkan kenyataan rasmi Disney+ Hotstar ketika artikel ditulis untuk mengetahui sama ada ciri ini akan turut diperkenalkan di Malaysia suatu hari nanti.