Carian
Google NotebookLM Kini Menyokong Fail Audio dan Melakukan Ringkasan Video YouTube
September 27, 2024 Effi Saharudin

Google NotebookLM dibangunkan untuk memudahkan proses memahami nota dan dokumen bagi kegunaan pelajar dan pekerja. Di peringkat awal ia mempunyai kemampuan untuk merumuskan dokumen. Kemudian ia dipertingkat dengan kemampuan memproses beberapa dokumen serentak sebelum melakukan ringkasan untuk kesemua dokumen tadi.

Hari ini Google NotebookLM telah dikemaskini dengan ciri menghasilkan ringkasan audio dan juga video YouTube secara terbina. Pengguna boleh memuat naik klip audio seperti kuliah atau memberikan pautan video subjek yang ingin dipelajari. NotebookLM kemudian akan menghasilkan transkrip secara automatik yang. kemudiannya diringkaskan bagi memudahkan topik tertentu dicari.

Kemudian pengguna boleh mengarahkannya pula untuk menghasilkan nota peperiksaan menggunakan audio dan dokumen yang diberikan. Dengan kata lain sebuah nota digital baharu boleh dihasilkan daripada pelbagai sumber audio dan juga bertulis yang lain.

Berdasarkan ringkasan ini, pengguna kemudian boleh mengubahnya pula menjadi audio perbincangan seakan podsiar menerusi ciri Audio Overview yang baru sahaja diaktifkan dua minggu lalu.

Komen