Carian
CEO Untuk Pejabat AI Kebangsaan Kini Dicari
October 1, 2024 Aman

Kerajaan sedia mengumumkan akan memulakan operasi Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan menjelang November 2024 kelak. Selari dengannya, kini pencarian CEO yang akan menerajui pejabat berkenaan dalam proses, dimana penjawat berkenaan akan bertugas bukan sahaja sebagai Ketua Pegawai Operasi, tetapi juga sebagai Ketua Agensi berkenaan.

Pejabat Kecerdasan Buatang Kebangsaan ini akan beroperasi dibawah MyDigital Corporation untuk fasa awal, dan memainkan peranan penting dalam membentuk pelbagai polisi, kajian, etika, dan pembangunan teknologi melibatkan kecerdasan buatan.

Pejabat berkenaan juga akan memfokuskan kepada kolaborasi pelbagai seksor, selain turut memacu inovasi yang membawa kebaikkan untuk rakyat, kerajaan dan juga industri.

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan permohonan untuk jawatan CEO Pejabat AI Kebangsaan ini melalui laman JobStreet hari ini.

Komen