Tempahan Proton e.MAS 7 Kini Dibuka Pada Harga RM500
Nazrin
Beberapa bulan lalu, Proton, jenama automotif kebangsaan telah memperlihatkan kereta elektrik pertama mereka, Proton e.MAS 7 yang akan dilancarkan pada bulan Disember tahun ini.

Proton e.MAS7 ini merupakan unit pertama yang menggunakan rangka Global Modular Architecture (GMA) untuk fasa pertama yang dibangunkan menerusi kerjasama Proton dan Geely, dan turut menggunakan teknologi bateri Aegis Short Blade Battery yang mempunyai ketumpatan tenaga yang lebih, dan mempunyai ketahanan sehingga 3500 kitaran. Motor elektriknya pula hanyalah seberat 82.5kg dengan kecekapan tenaga sebanyak 90.04%.
Proton e.MAS7 merupakan model berasaskan Geely Galaxy E5 yang berada dalam kelas SUV kompak. Ia dilengkapi satu motor elektrik 160 kW dengan kuasa 218 PS yang boleh memecut 0-100km/j dalam masa 6.8 saat dengan kelajuan maksimum 175 kmj. Dua pilihan bateri yang ditawarkan iaitu 49.52 kW dan 60.22kW memberikan jarak perjalanan 440 km dan 530 km mengikut piawaian CLTC.

Kereta Proton e.MAS 7 kini sedang melakukan jelajah ke seluruh Malaysia yang mana orang awam boleh melihat sendiri kereta ini secara depan-depan. Hari ini, pihak Edaran Otomotif Nasional (EON), pengedar rasmi kereta berjenama Proton ini telah mengumumkan bahawa orang ramai sudah boleh mula menempah kenderaan elektrik melalui laman web mereka dengan wang deposit RM500.
Setakat ini, tanda harga untuk kereta ini belum diperlihatkan lagi, tetapi seperti yang kami katakan sebelum ini, ia akan dilancarkan pada bulan Disember 2024 ini.
[sumber]Nextrift[/sumber]