Oppo Berkongsi Tarikh Pelancaran Rasmi Siri Find X8
Amy Maizuraa
Oppo dilihat berkongsi tarikh pelancaran rasmi untuk telefon mercu baharu Find X8 sebentar tadi. Ia dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober 2024 dalam sebuah acara di China. Butiran lanjut tidak diperincikan mengenai penawaran peranti itu, namun, ia pastinya menarik perhatian ramai pihak. Tambahan pula, ia akan dijana dengan cip Dimensity 9400 yang baru sahaja diumumkan selain turut menjanjikan peningkatan sistem kamera yang lebih baik.

Salah satu daripadanya adalah kemampuan menghilangkan pantulan yang tidak diingini kemudian menghasilkan imej lebih jelas serta berkualiti. Ini menjadikan ia ideal untuk sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan kualiti keseluruhan foto masing-masing. Oppo juga dipercayai menawarkan lebih daripada satu pilihan model untuknya. Pada masa sama berpotensi membawa masuk peranti ini ke pasaran global memandang sudah mula tersenarai di beberapa laman pensijilan.