SpaceX Berjaya Melakukan Ujian Menangkap Roket Super Heavy
Effi Saharudin
Space berjaya melakukan proses “menangkap” semula roket Super Heavy dalam ujian pelancaran Starship lewat malam semalam. Roket Super Heavy dengan 30 enjin Raptor kembali semula ke bumi selepas melancarkan Starship. Ia kemudian ditangkap semula oleh menara pelancaran yang dilengkapi mekanisme Mechazilla yang kelihatan seperti penyepit.

Ini merupakan ujian pelancaran Starship yang kelima dan yang pertama berjaya mengembalikan Super Heavy ke bumi dengan selamat. Dalam empat pelancaran terdahulu, Super Heavy kembali semula ke bumi sebelum diarahkan untuk terhempas di permukaan laut berhampiran Boca Chica, Texas.

Tidak seperti roket Falcon 9 juga yang digunakan SpaceX, Super Heavy tidak dilengkapi tongkat pendaratan terbina bagi mengurangkan berat. Sebaliknya Mechazilla yang kelihatan seperti kayu penyepit menangkap bahagian “leher” Super Heavy sejurus selepas ia kembali ke pad pelancaran.
Sementara itu kapal angkasa Starship sekali lagi berjaya dilancarkan ke angkasa lepas sebelum diarahkan kembali ke bumi. Ia mendarat di permukaan Lautan Hindi sekitar 65 minit selepas dilancarkan. Apabila menyentuh permukaan laut, Starship meletup seperti yang berlaku semasa ujian keempat. Ini adalah disengajakan kerana SpaceX tidak merancang untuk mengutip semula Starship selepas ia terhempas.