Anduril Kini Turut Menawarkan Dron Kamikaze
Effi Saharudin
Anduril kini memasuki arena penghasilan dron yang boleh digunakan untuk melakukan serangan bunuh diri seakan kamikaze selepas melancarkan Bolt-M. Ia sebuah dron kuad-rotor yang direka untuk mudah dibawa oleh anggota infantri ke medan perang. Apabila diperlukan ia boleh dipasang dengan pantas untuk memulakan misi memusnahkan musuh.
Setiap Bolt-M boleh membawa bahan peledak seberat 1.4 kilogram, terbang selama 4 minit dan jarak operasi sehingga 20km daripada pengendali. Ia juga berkemampuan melakukan misi secara swaterbang dan mengekori sasaran tanpa kawalan manual.
Apabila serangan ingin dilakukan, pengendali manusia hanya perlu menetapkan arah, ketinggian dan sudut ia perlu dilakukan. Ia meledak sebelum menghentam sasaran bagi membolehkan serpihan logam menghujani kawasan yang luas.

Dengan berat 5.4 kilogram, ia lebih ringan berbanding sebatang pelancar roket yang boleh melakukan serangan yang sama. Selain Bolt-4, Anduril juga melancarkan Bolt yang boleh melakukan misi ISR di lapangan tanpa kemampuan melakukan misi bunuh dini.
Bolt ialah sebuah lagi sistem dron bagi tujuan ketenteraan oleh Anduril yang sebelum ini menghasilkan dua sistem penangkis dron yang menghentam dron dengan melanggarnya di udara.